KUALA LUMPUR, 5 OKT: Sempena Hari Pos Sedunia 2021 dan seiring dengan aspirasi Keluarga Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Pos Malaysia kini menggalakkan semua rakyat agar kekal berhubung dan menghantar ‘sepucuk surat’ secara percuma kepada setiap keluarga untuk diposkan kepada orang yang disayangi.